Saturday, August 18, 2018

Serangan Siber oleh Penggodam

Penggodam dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. Ketika perbuatan menggodam menyebabkan kesusahan kepada pengguna telefon pintar, komputer, stesen janakuasa ataupun kenderaan, ianya ada kebaikan juga dimana ia dapat menemukan kelemahan pada sistem komputer yang dibongkar penggodam. Penemuan kelemahan tersebut oleh penggodam mahupun pakar keselamatan komputer membantu pihak tertentu untuk memastikan sebuah perisian atau aplikasi dibina dengan lebih baik.

Terdapat pelbagai jenis penggodam, kebiasaannya penggodam merujuk kepada penggodam topi hitam iaitu penggodam yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi utnuk tujuan keganasan, penipuan kad kredit, pencurian identiti dan sebagainya. Terdapat juga penggodam beretika yang dikenali sebagai topi putih, mereka biasanya mempunyai etika yang jelas dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai.

Pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk menggodam iaitu kaedah pertama adalah dictionary attack, dengan menggunakan teknik ini penggodam akan meneka dan terus meneka kata laluan sehingga berjaya. Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan kaedah phishing iaitu dengan mengumpan pengguan intenet yang leka khususnya untuk memberi kata laluan mereka kepada penggodam. Seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah keylogger dimana penggodam akan menghantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada papan kekunci komputer dan maklumat tersebut akan dihantar kepada mereka.

Kebelakangan ini juga bermacam-macam isu yang timbul yang dikaitkan dengan penggodam, antaranya adalah pengodaman dua laman web milik kerajaan. Menurut Astro Awani, penggodam kumpulan yang dikenali sebagai Evil Shadow Team telah merosakkan laman web Kementerian Pendidikan, halaman utama portal Kementerian Pendidikan telah digantikan dengan skrin hitam kosong dengan perkataan "hacked" bersama paparan kumpulan "Team EvilShadow" yang mendakwa mereka bertanggungjawab.


Selain itu,menurut Astro Awani, laman web rasmi Program Malaysia Sebagai Rumah Kedua juga digodam dimana laman web disambut dengan paparan ' pop-up ' yang tertera "Greetz Marhaen". Laman itu juga memaparkan paparan yang memaparkan paparan yang menyuarakan bantahan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.






0 comments:

Post a Comment