Monday, August 13, 2018

Isu Penyalahgunaan Sijil Cuti Sakit (MC)


Image result for surat sijil sakit


MC atau nama penuhnya ‘medical certificate’, merupakan suatu sijil kenyataan legal yang dikeluarkan oleh doktor yang bertauliah bagi mengesahkan bahawa seseorang itu tidak mampu untuk bekerja ataupun berurusan secara rasmi disebabkan sakit yang sedang dialami. Dalam bahasa Melayu, MC turut dikenali sebagai sijil cuti sakit. MC yang diperolehi membolehkan seseorang yang sedang menghidapi penyakit bercuti selama beberapa hari daripada pekerjaannya bagi membantu proses penyembuhan berlaku.

Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan yang lebih keras dan serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini bagi memastikan suasana kerja berada dalam keadaan yang ideal bagi meaksanakan tugas.


Maklumat yang diperlukan dalam MC adalah nama pesakit. Selain itu,tandatangan dan cop daripada doktor dan hospital juga akan ada bagi mengesahkan sijil tersebut. Jumlah hari pelepasan yang diluluskan juga akan ditulis di dalam surat MC.
Buat pengetahuan anda, maklumat tentang penyakit yang dialami adalah rahsia antara doktor dan pesakit dan tidak akan ditulis di atas kertas MC. Sekiranya berlaku situasi dimana maklumat tentang penyakit diperlukan, sebagai contoh, pertanyaan daripada majikan, maklumat rahsia ini boleh didedahkan setelah mendapat keizinan (consent) pesakit.

Image result for surat sijil sakit

Di Malaysia, hanya doktor-doktor yang telah sah berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja yang boleh mengeluarkan MC kepada pesakit. Setiap daripada doktor ini mempunyai nombor pengesahan pendaftaran masing-masing iaitu apa yang dipanggil sebagai Annual Practicing Certificate (APC).
Nombor ini juga mempunyai kegunaan kepada pesakit. Mereka boleh memastikan sama ada seseorang doktor tersebut adalah bertauliah atau tidak. Pencarian boleh dilakukan melalui laman sesawang MMC sendiri. Maklumat lengkap mengenai pendaftaran doktor akan diberikan. Sekiranya tidak ditemui, pesakit boleh melaporkannya kepada pihak MMC untuk diambil tindakan lanjut.
Di hospital-hospital kerajaan, doktor berpangkat ‘Medical Officer’ dan keatas seperti doktor pakar dan konsultan boleh mengeluarkan sijil cuti sakit. Doktor pelatih atau ‘House Officer’ pula tidak dibenarkan mengeluarkan MC.

Dari segi perundangan, sijil cuti sakit yang boleh diterimapakai hanyalah yang dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar selaras dengan Seksyen 27, Akta Perubatan 1971 [Akta 50] atau oleh seorang pengamal pergigian berdaftar selaras dengan Seksyen 26, Akta Pergigian 1971 [Akta 51]. Tatacara pengeluaran sijil cuti sakit telah digariskan di bawah Code of Professional Conduct yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Majlis Pergigian Malaysia (MDC) di mana pengamal perubatan atau pergigian tersebut bertanggungjawab untuk memeriksa pesakit dengan teliti dan hanya mengeluarkan sijil cuti sakit sekiranya didapati pesakit tersebut benar-benar tidak dapat menjalankan pekerjaan mereka.



Dua sahabat ditahan palsukan sijil cuti sakit
Menurut sumber daripada Astro Awani, di Melaka telah ditangkap dua individu yang tidak bertangggungjawab menjual sijil cuti sakit palsu. Susulan itu polis merampas 15 salinan sijil cuti sakit yang tertera cop rasmi 'Klinik Kesihatan Peringgit' serta cop nama 'Rohaiza Binti Roslan MBB (Malaya) Pegawai Perubatan U-D 54'.

Seseorang yang menggunakan MC palsu untuk mendapatkan cuti sakit boleh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.






0 comments:

Post a Comment