Para guru telah diberi peringatan untuk tidak memuat naik hasil kerja pelajar yang dianggap lucu di media sosial kerana ia melanggar etika perguruan menurut Datuk Dr Amin Senin yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.
Menurut beliau hal ini boleh menjatuhkan maruah dan moral pelajar. Malahan perkara ini juga melanggar etika perguruan kerana guru sepatutnya menjaga privasi pelajar.
"Kebelakangan ini kita sering melihat hasil kerja pelajar dikongsi sebagai bahan melucukan dan diviralkan dalam laman sosial.
"Namun begitu tanpa disedari, sebenarnya guru telah melanggar etika dan privasi hasil kerja anak murid untuk dijadikan bahan lawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis temu mesra guru-guru Tahun Enam daerah Daerah Hilir Perak, di Dewan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, hari ini., di sini hari ini.
Namun menurut beliau tidak salah jika guru ingin berkongsi hasil kerja murid namun bukan dengan niat untuk menunjukkan perkara yang melucukan.
“Jika mereka berkongsi hasil kerja murid biarlah yang mempunyai tujuan penambahbaikkan dalam konteks pelajaran sesama kalangan guru-guru.
“Guru juga perlu tahu bahawa tanpa mereka sedar perasaan murid yang terlihat hasil kerja mereka dijadikan bahan melucukan mungkin terluka akibat perbuatan demikian,” katanya.
Sebanyak 687 guru dari 114 buah sekolah seluruh daerah Hilir Perak diraikan pada masjlis atas sumbangan dan bantuan yang mereka demi pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaiann Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Lanjutan itu, katanya Kementerian Pendidikan akan terus berusaha untuk mengenal pasti mekanisme yang terbaik demi mencegah perkara tersebut.
0 comments:
Post a Comment