Definisi:
Penapisan atau penindasan atau larangan mana-mana bahagian didalam buku, media seperti filem, internet, berita dan media lain yang dianggap lucah dan tidak dapat diterima dan dipertontonkan kepada masyarakat. Ini dianggap ancaman dan situasi yang tidak sopan yang boleh menimbulkan masalah kepada sesebuah negara.
Pada tahun 2002, Akta Penapisan Filem telah diluluskan bagi menggantikan Akta (Penapisan) Filem 1952 (Akta 35). Penggantian terjadi kerana terdapat banyak kelemahan di dalam Akta 35 kerana perubahan teknologi dan masa. Akta baharu dikuatkuasakan pada 1 April 2002.
Terdapat beberapa pendapat yang menyokong bahawa penapisan sesebuah media tidak membantu pembangunan negara. Ini kerana wujud beberapa faktor yang mana tidak ada garis panduan yang tetap dan jelas mengenai apa yang dibenarkan dana pa yang diharamkan, barisan penerbit, pengarah dan penulis skrip terpaksa meneka minda seorang ahli Lembaga Penapisan Filem (LPF) semasa membuat sebuah filem atau rancangan TV.
Selain itu, kriteria penapisan adalah begitu luas sekali, timbul masalah dimana perbezaan tidak dibuat di antara bahan yang lucah dan yang diperlukan untuk maklumat dan pendidikan. Sebagai contoh, untuk membuat rencana mengenai kanser buah dada kerana tidak boleh menayangkan cara untuk wanita memeriksa buah dada sendiri walaupun kemahiran ini boleh menyelamatkan nyawa mereka. Sesetengah pendapat mengatakan sekatan maklumat ini tidak bermakna isu ini akan selesai, malah boleh membantu penularan masalah.
Oleh itu, kita sepatutnya menapis apa yang lucah, tidak bersesuaian dengan pandangan kanak-kanak, ganas dan sesuatu yang tidak menghormati maruah wanita.
(Utusan online- 17/8/2003)
Antara kebaikan penapisan media :
-Mengelakkan pemikiran kanak-kanak menjadi terganggu dan sesetengah ibu bapa yang tidak memantau penggunaan media kepada anak-anak mungkin mereka menonton atau melihat filem atau rancangan tv yang tidak ditapis yang mengandungi bahan lucah, ganas yang tidak elok untuk dipertonton.
-Menghalang plagiarism dikalangan masyarakat. Perkara ini dapat menguntungkan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perkara yang tidak diingini.
-Membantu mengawal situasi panik dan takut dikalangan masyarakat. Pihak kerajaan dapat menghentikan penyebaran khabar angin palsu dan membantu mencegah rusuhan dan masalah lain yang akan berlaku. Contohnya, masyarakat akan mula rasa takut dan mudah percaya sesuatu yang mereka lihat.
0 comments:
Post a Comment